SALAM PENGENALAN

Blog ni  dibuat suka-suka bagi mengisi masa lapang.  Saya suka melihat pakaian kanak-kanak yang comel terutama kanak-kanak perempuan dengan gaunnya yang cantik , sungguh comel. Masa anak perempuan saya masih kecil, keinginan melihat ini tidak dapat direalisasikan kerana tiada masa dan tiada peluang untuk menjahit gaun atau dress yang cantik-cantik ni.   Ianya terhad kerana bila nak beli harganya mahal-mahal  juga..
Masa tu kalau nak tempah kat tailor lambat nak siap kerana mereka tak nak buat baju kanak-kanak.



Sekarang ni masa dah banyak terluang, anak perempuan dah pun besar. Tapi masih lagi suka melihat fesyen baju kanak-kanak yang cantik2 . Hobi menjahit dan anak saudara nilah yang menjadi sumber inspirasi saya mencuba untuk menjahit bajunya.  Namanya Sheera usia 7 tahun.   Jadi saya pun cuba2 mencari ilmu untuk menjahit baju kanak2, buka internet, beli buku dan intai-intai baju yang didisplay kat pasar raya.  Sekarang ni bolehle  jahit gaun-gaun yang simple. Terima kasih kepada mereka-mereka yang mengongsi ilmunya di internet.  Saya juga mengalu-alukan sebarang komen ,ulasan atau pendapat mengenai blog dan juga hasil jahitan saya agar saya dapat menambahbaik dari masa kesemasa.

Mula2   hasil jahitan tu bagi anak saudara yang comel ni pakai.   Seronok sungguh bila dia suka memakainya. Tengoklah kat gambar ni, possing lagi dengan senyumannya.  Ada juga dihantar ke kampungku dan jual murah2 kat cucu2 dan anak saudara.    Sekarang ni cuba-cuba buat pasaran kat internet macam orang lain buat tu......Pesanan  melebihi 2 helai serentak akan mendapat potongan harga. Tawaran  sampingan akan diberitahu dari masa kesemasa. 


Maaflah dah lama tak update blog ni....sebab pindah rumah semula ke Lumut. Jadi tak sempat nak tengok mesin jahit dan komputer.   Mengemas rumah yang dah  4 tahun ditinggalkan.   Sekarang ni baru ada masa sikit dan nak mulakansemula serta menaikkan mood untuk hobi menjahit ni.....

Salam hormat .